Isnin, 4 Januari 2016


Luahan Hati Aku Hari Ini

Assalammualaikum, pembuka bicara...
Aku tak pandai nak bermadah so straight to the point ajalah.
Aku cuma nak berkongsi rasa apa yg aku lalui hari ini. Errmm.. Hari ini baru aku sedar setelah meningkat umur baru terasa, selama aku hidup di dunia ini,  hidup tiada makna. Jiwa aku kosong. Hti kecil aku sering berkata aku inginkan perubahan. Aku dah tak mahu terus hidup macam ni lagi ? Tetapi, aku tahu bagaimana hendak memulakannya. Apakah jalan yang terbaik harus aku ambil untuk mengubah diri aku dan mengubah cara aku hidup ini ? Emmm from where I should start and make a new life as a new born. Huhuhu. 


Sabtu, 12 Mei 2012

18 Perkara Penting Wanita Perlu Faham Tentang Lelaki

Wahai kamu wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). 
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. 
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. 
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita. 
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama! 
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. 
  9. Bila lelaki cakap, Emm. tengoklah dulu itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. 
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. 
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. 
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. 
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. 
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan. 
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. 
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. 
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. 
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. 


Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.


Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka. Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang, wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan.


Sekian, Semoga anda hepi, ceria dan bahagia sokmo

Selasa, 6 Disember 2011

10 tanda dia jodoh kamu

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com

Rabu, 2 November 2011

Alkisah kenalan di HTAA

Assalamualaikum, Pembuka Bicara.
Salam Perkenalan Salam Satu Malaysia.


22 Hari bulan Oktober Tahun 2011, bermulalah satu kisah....

Pada tarikh tersebut mama aku telah dipindahkan daripada wad pemerhatian ke wad di tingkat tanjung 4C, bermula dengan numbor katil 26. Kemudian beralih ke katil yang bernumbor 22. Di situ permulaannya, aku berkenalan dengan seorang wanita yang bernama CHATRA. Dia berumur 25 tahun dan sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 1 tahun. Dia berasal daripada negeri Sabah. Mereka suami isteri menetap di daerah Balok, Pahang. Dia meduduki katil di hadapan mama waktu itu. Dia selau memerhati aku ketika aku gelak, bercakap dan sebagainya. Aku tidak senang dgn pandang mereka itu terhadap  aku. Waktu itu, aku belum mengenalinya lagi. Setelah sekian lama, aku pun dudah mengenalinya dan ketika itu juga aku baru mengetahui mengapa mereka memandang aku ketika itu,kerana aku mengingatkan adiknya yang sebaya aku. Melihat aku umpama melihat adiknya. Maka terubatlah sedikit rindunya terhadap keluaga. 
Kalau aku ini anak orang kaya nak jew aku sponsor famili akak datng sini. Bia dia hapi ckit. 
Almaklumalah, aku ini merupakan anak perempuan yang sulong daripada 10 orang adik-beradik. Aku tidak mempunyai kakak. Oleh itu, aku telah mengganggap kak Chatra seperti kakak kandung aku sendiri. Akak telah mengidap sesuatu penyakit yang aku sendiri tidak tahu. Bukan aku tak mahu bertanya tetapi aku tidak sampai hati untk bertnya. Risau kak Chatra tersinggung. Aku berasa sungguh simpati melihat keadaan dirinya yang makin kurus  dan terseksa. Terseksa dengan keadaan dirinya yang disambungkan wayar berwarna putih daripada perutnya lalu wayar tersebut mengalirkan cecair yang berwarna merah,mengalir hingga ke dalam sebuah kantung yang terletak di tepi katilnya. Tambah pula dengan kesan jahitan yang mengerikan di perutnya juga. Aku merasa sunggguh sedih dan pilu. Aku disitu tidak mampu untuk membantunya. Puas aku berfikir, apa yang harus aku lakukan untuk membuat dia berasa bahagia dan menghilangkan rasa sepi dan rindu dia terhadap keluaganya yang amat dirindui..

Akhirnya, aku memutuskan untuk berada disamping dia, menjadi teman berbual dan sebagainya. Aku tidak pandai membuat lawak. Tetapi, setiap perbicaraan aku, kakak anggap kelakar. Dia pasti akan tergelak. Adakah kerana kepetahan aku bila bicara ini melucukan? Aku tidak faham lorh...?? Tapi apa2 pon.. Tak mengapalah... janji dpt tgk dia tersenyum dan ketawa. Itupun dah boleh buat aku berasa hapi. Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga dua orang pesakit sekaligus. ( Seorang misi yang tidak berbayar. )HAHAHAHA.
Aku tetap bertahan walaupun kepenatan. Aku masih mampu bersabar melayan karenah mereka berdua. Aku akan berasa bahagia jika melihat mereka bahagia. Terutama, kepada mama aku.
Aku mahu dia sembuh cepat. Aku sentiasa mendoakn kesihatn mereka.



Jumaat, 21 Oktober 2011

Renung-renungkanlah..

RENUNGAN BERSAMA....

Semalam cikgu jue da berpesan dan mensihati kami semua..
Beliau telah menyedarkan aku....Terhadap suatu perkara yang aku sendiri tidak pernah terikir. Memang benar kata beliau.
Dan, aku amat berterima kasih terhdp beliau..

Pesanan beliau, kebanyakan mereka yang berjaya adalah tergolong dalam FIKIRAN yang HIDUP dan HATI yang HIDUP.
Oleh kerana kata2 nya itu...
Kini, aku jadikan ia sebagai prinsip hidup @ sesuatu pegangan yang utuh agar aku mendapat gelaran insan y berjaya pd suatu hari nanti. AMIN....

Aku mahu mengubah kehidupan aku yang sekarang ini.
Aku mahu mengembirakan hati mama. Dia dah banyak tekanan dan cabaran dlm hidupnya. Aku tidak mahu lagi membuat dia terus runsing kerana diri aku yang degil ini.

Ini bukan sekadar cakap kosong. Ia suatu TEKAD!!!
Suatu TEKAD yang akan menjamin matlamat y aku tetapkan akan berjaya diperolehi. INSYAALLAH..
Harap kamu dapat mendoakan aku sekeluaga. AMIN......

Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua2 teman aku iaitu KHAIRANI dan ATHIRA.
Atas nasihat dan dorong yang mereka berikan kpd aku agar tidak berputus asa.
Sememangnya kata Qai itu ada benarnya. Apa yang kita lakukan sekarang. iItulah yang akan kita peroleh pd msa hdpn. So, apabila ia berlaku. Jangan ada perasaan menyesal kerana itu merupakan keputusan yang ditetapkn oleh diri kita sndiri dan bukan orng lain

Selasa, 4 Oktober 2011

Sekadar coretan daripada hati dan dipikiranku...

Aku akui dan aku sedar...
Bahawa, diri ini sememangnya banyak kekurang dan kelemahan.
Aku cuba untuk berubah. Namun, banyak kekangan yang harus aku tempuhi.
Aku perlu ketahui beberapa langkah dan caranya yang betul untuk berubah sepenuhnya.
Dan, aku tidak boleh bertindak secara melulu.
Aku perlu bijak membuat sesuatu keputusan kerana akan mempengaruhi aku pada masa hadapan.
Aku bertindak untuk berubah bukan kerana paksaan sesiapa. Tetapi, kerana aku benar-benar mahu berubah.
Aku mahu menjadi manusia yang bertindak dan berfikir secara matang.
Usia yang kian meningkat menyedarkan aku untuk menjadi lebih matang. Selain itu, aku juga merupakan seorang kakak kepada 9 adik beradik yang lain. Aku harus menjadi contoh dan menunjukan teladan yang baik kepada mereka. Bersambung....

Sabtu, 1 Oktober 2011

Makna cinta dalam islam dan percintaan remaja kini..

Cinta y lahir sarat hawa nafsu dan menyimpang daripada matlamat y murni,
Ramai remaja y menyalahertikan makna sebenarnya cinta, sehingga terdorong melampaui batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin,
Saban ary kita didodoikan dengan lagu cinta dan dipertontonkan kisah cinta y menghayutkan kita ke dunia khayalan y merugikan.

Gaya prcintaan remaja masa kini,'
saling berpandangan,
berpegang tangan,
berdua-duaan,
bercium-ciuman,
saling berboncengan,
menyerahkan segalanya,
Situasi y biasa terjadi di kalangan remaja y berkapel.

Perjumpaan pertama,
Kedua2 nya belum saling kenal,
berkenalan baik melalui perantaraan teman atau inisiatif sendri,
Hubungan pun berlanjutan,
Penilaian terhadap sang kenalan terasa begitu manis.

Pertama,
Ia di nilai dgn daya tarikan fizikal dan penampilan, mata sebagai juri,
senyuman pun mengiringi,
Hati pun rindu menggelora,
Pertanyaan y timbul,
kemudian, adalah kata2 pujian.

Bila bertemu,
Ia akan puaskan rasa rindu dalam dadanya,
Pengungkapan diri dan pertalian,
Disinilah tahap ucapan I LOVE U "Aku MEncintai Kamu"
RaSA cinta y menggelora pd san kekasih seakan tidak mampu untk menolak ajakkn sang kekasih,
" bukti cinta mu kepada ku"

Buktikan cinta??..
Adakah dgn menyerahkan segala-galanya..
wang, maruah, tubuh, tut tut tut...
Adakh anda sanggup mengabaikan larang Allah terhadap "berkapel"
Sesungguhnya, azab Allah tersangatlah pedih...

KEPENTINGAN MENUTUP AURAT!
Wanita >> Utk mengelak daripda menarik perhatian y berlainan jantina,
Lelaki >> wajib menutup aurat y terrbatas pusat dan lutut dan tidak boleh dilihat oleh orang lain.

CINTA Y HAKIKI...
Tiga cinta y perlu diletakkan paling atas dalam hati setiap insan ialah, cinta kpd Allah, cinta kpd Rasul dan cinta kpd Jihad.

Islam menyeru kpd CINTA,...
cinta kpd Allah,
Cinta kpd Rasul
Cinta kpd JIhad
Cinta kpd Agama
Cinta kpd Akidah
Cinta kpd mahluk, sepertimana ALLAH menjadikan kecintaan suami isteri sbg sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNYA.

CINTA adalah tanda kehidupan rohani dlm akidah orng mukmin,
sama ada dlm kehidupan beragama, bersosial, mahupun kepercayaan.
Imam dlm islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang.
Ia adalah petunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa2.
Cinta dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dgn perasaan cinta dan dicintai.

CARA YANG ISLAM ANJURKAN
Cintailah org y mencintai Allah,
Tidak perlu berdating,
Tidak perlu bergayut-gayut dgn telefon berjam-jam,
Kalau kita benar-benar minat seseorng (perempuan) tanya lah dy sama ada dy sudi atau tdk mjd teman hdp kits suatu hari nanti dan bolehkah dy berjanji untyuk setia sekiranya ada jodoh.
Kalau wanta itu kata ok..dan buka balik cerita tua bila dua-dua sudah bersedia nk kahwin..
Sepanjang tempoh i2, cukuplah sekadar kita tahu kita mencintainya.

Langkah sterusnya....
Tawakal kpd ALLAH kerana ALLAH telah menentukan pilihan y terrbaik kita..
Timbul persoalan utk memahami peribadi seseorang y kita sukai itu adalah  hanya dgn bercinta.
Bercinta y dianjurkan oleh islam adalah dgn meminang si dia.
Meminang merupakan sebelum pernikahan y membolehkan org y meminang dapt melihat y dipinang dgn ketentuan y telah ditetapkan oleh islam.

Dalam tempoh meminang, pasangan boleh mengenali peribadi masing-masing.
Maka, tiada sebab mengatakan  islam tidak mengambil berat tentang hati dan perasaan pasang y hendak mendirikan rumah tangga.
Tetapi.. meminang itu sendiri bukab bererti sudah separu sebg suami isteri@melakukan hal2 y dilakukn oleh suami isteri.